ALOR SETAR: Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Noor Najhan Mohamad Salleh ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-68 di sini hari ini.
"Pas Selangor, sebagaimana permintaan beberapa negeri lain seperti Kedah, turut meminta izin untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU15. Setuju atau tidak perwakilan Selangor?" soalnya yang kemudian disahut dengan laungan "setuju" oleh para perwakilan.
Sebelum ini, Pas Kelantan, Terengganu serta Kedah bercadang menggunakan logo parti itu di negeri masing-masing pada PRU15 dan bukannya logo Perikatan Nasional (PN).
BACA: PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN
Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Pas itu berkata cadangan tersebut akan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dijangka diadakan pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar hiasan/Astro AWANI
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Jangan kaitkan pascasiswazah kardiotoraks UiTM sebagai isu perkauman
Isu program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara, tidak seharusnya dipolemikkan sebagai satu isu politik yang melibatkan perkauman, tegas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
12 klien AADK lulus SPM
Sebanyak 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
Calon Yang DiPertua Dewan Negara telah disenarai pendek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senair pendek calon Yang DiPertua Dewan Negara telah dikenalpasti bagi menggantikan penyandangnya Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.
PM mahu hubungan persekutuan dan Sarawak sentiasa baik
Perdana Menteri Datuk Sei Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama kepimpinan tertinggi Sarawak yang antara lain menyentuh mengenai pembangunan di wilayah itu.
Chef Wan dituntut mohon maaf
Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamamman Devasthanam, Datuk Sivakumar menuntut Chef Wan untuk memohon maaf secara terbuka.
PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi
Nushi Mahfodz berkata pihaknya menjangkakan tiga kerusi setakat ini dikategorikan sebagai 'kelabu', tetapi enggan mendedahkan kawasan berkenaan.
PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN
Roslan berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.
Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah
Juwairiya berkata, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada tahun 2013.
Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor
Pas Selangor sambut baik titah Sultan Sharafuddin atas keprihatinan membendung umat Islam daripada budaya songsang LGBT serta konsep negara sekular.
PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.
Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga bubar DUN
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan mandat yang diberikan akan diteruskan sehingga DUN dibubarkan.
Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar
Iskandar berkata pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan DAP berhubung hasrat DAP ingin bertanding di lapan kerusi DUN milik Pas negeri itu pada PRU akan datang.